Selamat Tahun Baru 2007 aku ucapkan utk korang sumer. haha.. lewat la sket. Ye ye, aku tau, aku lama tak update ini blog. Jgnla mare brader. Aku cume takde idea dan mood untuk menaip. Ada idea kdg2, tp terbantut separuh jalan dek sbb PC aku crash untuk beberapa bulan aritu. Jadi terus la malas sampai arini..
Ok, mula2 mari kita soroti kejadian2 yg dah berlaku pd aku sepanjang thn 2006. Aku letakkan gamba supaya ianya lebih bermakna, yg mana ade gamba lah...
Jan 2006: LTP58 trip ke Cameron Highlands. Sumernye dlm kenangan.. skang masing2 dah bina kerjaya.

LTP 58 in memories..
Ujung bln pulak ade family trip ke Teluk Senangin, Lumut bersama saudara-mara belah ayah aku.
Feb 2006: Rasanya takde ape yg menarik jd dlm bln 2 ni.. aku tak ingatlah..
Mac 2006: Aku start belajar naik public transport pergi ke ofis. Not bad, cume kene kuar awal lah... biasela kalo kantoi bgn lambat, driving gak sudahnye. hehe..
Apr 2006: Bln April, aku sah menjawat jawatan tetap di Prudential Services Asia Sdn. Bhd. Cyberjaya setelah 6 bulan bergelar intern. Gaji pokok tak setinggi seperti yg diharap, tp boleh la wat makan dan byr PTPTN bulan2. Lg pun ade transport elaun tiap2 bulan.
May dan Jun 2006: Musim kejatuhan, tiada citer menarik. Pergi mencari ketenangan utk seketika waktu. poyo tul. haha
Jul 2006: Kisah sadis aku stranded dlm LRT berlaku bulan ini. Selain itu, wedding ex-roomate aku, my dearie roomie, shazzy kat Kerteh. Bile nak peknen? ekekek...
Ogos 2006: Trip family day department ayah aku ke Langkawi. Best la jugak sbb last aku gi Langkawi masa darjah 5, mana nak ingat ape.. Dah byk berubah lak tu.. Dpt melawat kilang gamat, naik kete kabel, island hopping dan SHOPPING~~ Oh bln ni juge ade 2 wedding, satu dpt attend (kat penang) satu lg tak dpt (kat perlis).
Sep 2006: Takde ape yg menarik kut bln ni kecuali puasa yg start pada 23 September. Lain2 hanyalah aktiviti kosong dan Prudential Bowling Tournament pada 3 September.
Okt 2006: Bulan ni penuh ngan aktiviti ibadat; puasa (majlis buka pose kat beberapa tpt) dan tak lupe juga Raya Aidilfitri. Raya kali ni biase2 aje.. tak byk collection pun! :P (Ni bulan last aku update blog aku kan? LOL). Kazen belah mak aku pun tunang masa raya ke-3. Bz jugak la tolong siapkan brg2 hantaran, last minit lak tu.. tp puas ati dgn hasilnye. hehe
Nov 2006: Menghadiri wedding yg belambak2.. Some pics aku letak kat sini.. Oh, aku juga fail exam LOMA aku. hahaha.. terbang RM160.. cis! Terpaksa repeat again this year.
Dis 2006: Aku kemalangan di area Bangi lama. Abeh remuk kete aku. Ala.. mmg la aku suka pecut, tp kali ni eksiden ni time aku tak pecut la.. Hujan lebat, dan aku lost control lepas langgar lopak, break tak mkn. Kete spinning 3 kali before hentam seekor kembara. Adei.. kecian my kelisa.. Tp skang dah comei balik dah. hehe. And disebabkan kete aku takde hampir sebulan, sumer wedding invitation bln 12 terpaksa aku kanselkan. Wedding Hanun, Mardy punye engangement, sumer aku miss.. Sori guys!! Satu wedding je sempat pergi, wedding Metz..
(aku nak post gamba kete aku, tp sbbkan installer bluetooth ilang tah kemana, aku post later lah..
)
Jadi skang dah masuk thn 2007, beban kerja dan tanggungjawab makin bertambah menyebabkan aku sibuk. Aku rasa aku kene tukar konsep blog aku la pasni. Aku submit photos dgn sedikit story jelah senang. Nak mengarang pjg2 boleh membantutkan mood. Jadi aku tiru ala2 fotopages lah ek. Malas lak nak bukak akaun kat situ sbb nnt byk2 page aku pun watpe kan? Oh, seperkara lagi, aku tgh work on something new. Jadi nantikan lah hasilnya.
Muahxxx